Monday 2 July 2018

Air Kosong .. Berapa banyak perlu diminum ?



Badan kita terdiri dpd 60% cecair manakala organ terpenting iaitu otak pula mengandungi 75% air. Lihat betapa pentingnya air kepada tubuh kita.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh.


Antara fungsinya ialah:

1)      Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal.

2)      Memastikan supaya organ2 spt hidung, mulut ,mata, kulit sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dgn baik, melancarkan proses dalam tubuh.

3)      Mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.

4)      Air adalah agen pembawa nutrient dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.

5)      Air bertindak sbg pelincir pada sendi2 dan amalan meminum air pada jumlah yg mencukupi dpt menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka panjang.

6)      Air juga melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

7)      Mencergaskan tubuh anda dan berasa ringan sekaligus membantu proses mengurangkan berat badan.


FORMULA pengiraan bagi mengetahui jumlah air yg perlu diminum:

Sebanyak 1 liter untuk setiap 25kg berat badan.

Contoh katakan berat badan anda 75kg, maka jumlah air yang perlu diminum :-


     1liter – 25kg

      75kg / 25kg = 3 liter air #


Tanda2 badan terhidrat :
Air yg diminum keluar dari badan menerusi pelbagai mekanisma tubuh. Dianggarkan 1.5 liter dikeluarkan sbg kencing, 1 liter lg terbebas menerusi perpeluhan,pernafasan & penghadaman oleh usus.


     Badan yg tidak mendapat bekalan air secukupnya akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, kekeringan di mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit, sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit otot, ketidakstabilan emosi & keletihan.


Cara pengambilan air yg betul:

1)      Meminum air pada kuantiti yg banyak sekaligus adalah cara yg salah kerana bdan tidak mendapat bekalan air yg berterusan untuk menampung pelbagai proses dlm tubuh sepanjang hari.

2)      Maka, jadikanlah rutin meminum segelas air setiap stgh jam. Usah tunggu haus untuk minum.

3)      Bagi yg mengalami cirit-birit & muntah, anda perlulah meminum air lebih dari jumlah biasa. Begitu juga ibu hamil atau ibu yg menyusukan bayi. Pengidap batu karang atau jangkitan pada pundi kencing juga perlu meminum lebih air untuk memulihkan kualiti kesihatan.

4)      Manakala pesakit kegagalan hati & buah pinggang pula perlu merujuk pakar untuk mengetahui jumlah air yang boleh diambil kerana amnya mereka tidak boleh meminum air dlm kuantiti yg banyak.

5)      Mereka yg bersenam disarankan meminum air sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk memastikan anda mendapat bekalan air yg mencukupi dan menggantikan air yg keluar menerusi perpeluhan.



Tips

1)      Untuk mengetahui samada anda sudah meminum air secukupnya, perhatikan warna air kencing anda. Sekiranya warna jernih, anda sudah menerima air secukupnya. Sebaliknya jika warna air kencing keruh @ kekuningan, maka jumlah air keperluan tubuh anda belum mencukupi.


2)      Awas! Meminum air terlalu banyak pula boleh menyebabkan jumlah elekrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan elektrolit yg hilang, anda disarankan meminum minuman isotonic atau menambah secubit garam dalam air kosong sebelum minum.


3) Sekiranya anda mengambil makanan tambahan, anda juga disarankan meminum lebih air.

kKredit : jmhai-netline